MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM NILAM
KALI PERTAMA TAHUN 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BULOH
TARIKH : 12.1.2010
HARI : SELASA
MASA : 1.15 TENGAH HARI
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
KEHADIRAN :
1 En. Ghazali b. Ismail (Pengerusi -GB)
2 Pn. Rosmah bt. Hj. Desa (PKK)
3 Pn. Siti Sopiah binti Saad (Penyelaras PSS)
4 Pn. Alyani bt. Abd. Ghani
5 Pn. Noorhayati bt. Shafie
6 Pn. Latipah binti Osman
7 Pn. Wan Azwa binti yusof
8 Pn. Mahani bt. Ahmad
9 Pn. Siti Hanisah bt. Dan
10 En. Eziz bin Ismail
11 En. Baharudin bin osman
12 En. Rusnan b. A. Rahim
13 Pn. Zaleha binti Mohd (Setiausaha)
I PERUTUSAN YG. BERBAHAGIA PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat meluangkan masa
bagi menghadirkan diri dalam mesyuarat NILAM kali pertama ini.
2 Beliau berharap agar kerjasama tetap diperolehi daripada semua AJK dalam memberikan idea
dan pandangan yang bernas demi kelancaran setiap program dalam NILAM.
Makluman : Semua AJK
II Program NILAM
3 Pengerusi memaklumkan makna bagi NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Program ini juga
merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan
tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
4 Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan
murid. Objektif program ini ialah untuk :
a. Menjadikan murid banyak membaca
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca di kalangan murid-murid.
Makluman : Semua AJK
5 Program NILAM mempunyai dua tahap, iaitu tahap pertama dinamai JAUHARI dan tahap kedua
dinamai RAKAN MEMBACA.
6 Diwujudkan "Sistem Ganjaran" berasaskan kadar bacaan dan sistem pengiraan tertentu serta
bergantung pula kepada kewajaran lokasi dan kesesuaian sekolah. Sistem Ganjaran yang di-
cadangkan adalah seperti berikut :
Bagi Sekolah Rendah :
Jumlah Bacaan Buku Pengikhtirafan
90 - 179 JAUHARI : Gangsa
180 - 269 JAUHARI : Perak
270 - 359 JAUHARI : Emas
360 + JAUHARI : NILAM
7 Tahap Kedua (RAKAN MEMBACA) memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk mem-
bimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca.
8 Untuk pengetahuan, seramai 8 orang Rakan Pembaca telah dipilih di kalangan murid-murid
yang telah mencapai Tahap Pengiktirafan NILAM. Garis panduan telah diberi kepada mereka
dalam menjalankan tugasan.
9 Senarai nama Rakan Pembaca adalah seperti di lampiran yang disertakan bersama contoh
pengiraan markah serta jadual pengiktirafan Rakan Pembaca.
Tindakan : Guru dan Murid
10 Buku NILAM dikumpul di dalam PSS. Setiap bacaan murid akan direkod.Digalakkan juga agar
murid-murid dapat membuat ulasan buku. Murid Tahun 6 mestilah membaca buku-buku yang
mempunyai mukasuarat yang banyak/tebal.
11 Bacaan awal pagi diadakan dalam usaha menarik minat membaca di kalangan murid.
Tindakan : Murid
12 Pondok Ilmu di hadapan kantin diteruskan. Setiap Panitia perlu memainkan peranan. Pamerkan
segala maklumat yang berkaitan di Pondok Ilmu. Kerjasama daripada pekerja-pekerja diperlukan
untuk mengangkut dan menyimpan bahan-bahan yang digantung ke dalam Pusat Sumber.
Tindakan : Guru dan Pekerja
III JAWATANKUASA NILAM
13 Seperti di lampiran yang disediakan.
14 Setiap AJK mempunyai peranan dan tugas yang berbeza, juga boleh dirujuk dalam KERTAS
TAKLIMAT PELAKSANAAN NILAM 2009.
Makluman : Semua AJK
IV GURU BERTUGAS DAN JADUAL WAKTU NILAM
15 Jadual guru bertugas NILAM di PSS boleh dirujuk dalam lampiran yang disediakan.
Tindakan : AJK
16 Dimaklumkan bahawa masa NILAM diambil dari satu waktu BM dan satu waktu BI. Guru-guru
yang terlibat dalam program bacaan NILAM ini dikehendaki turut serta ke Pusat Sumber bersama
murid-murid dan sentiasa memantau pembacaan murid.
17 Jadual Waktu NILAM juga boleh dirujuk dalam helaian yang dilampirkan bersama Minit
Mesyuarat ini.
Makluman : Semua AJK
V HAL-HAL LAIN
18 Pn. Zaleha memaklumkan pengiktirafan Tahap Jauhari SKPB pada akhir tahun 2009:
Pengiktirafan Bil. Murid Bil. Penerima Peratus
GANGSA 244 56 22.95%
PERAK 244 16 6.56%
EMAS 244 12 4.92%
NILAM 244 20 8.20%
18 Program- program yang disarankan :
a. Buku Rekod Bacaan
b. Pertandingan :
. Bercerita
. Bacaan Tertinggi setiap kelas
. Mencari Maklumat
. Pidato
. Resensi Buku
c. Program Bacalah Sayang - Ada pondok bacaan dan laluan ilmu.
d. Membaca secara berpasangan dengan rakan sebaya
e. Hadiah Galakan - Setiap dua bulan
19 SUDUT PAK - Proses Akses Kendiri dan perlu dikemaskini.
20 Hadiah akan diberi pada akhir tahun ini pada murid yang mencapai bacaan NILAM terbanyak.
Seorang TOKOH NILAM dan seorang pembaca tertinggi di setiap kelas akan dipilih untuk
mendapat hadiah. Hadiah bulanan juga akan diberi kepada murid-murid yang membuat pem-
bacaan terbanyak.